Saturday, June 18, 2011

Pukul Seperti Binatang

Kejadian ini berlaku petang tadi dikawasan perumahan aku di mana aku telah menyaksikan satu adengan yang memang keterlaluan di mana seorang tahanan telah di belasah di khalayak ramai oleh seorang .......

Tahanan mungkin dalam lingkuangan 20an seorang lelaki dan tangan sedang bergari semasa melarikan diri, dimana cubaan untuk melarikan tidak berjaya dan telah di belasah dengan teruknya dimana tahanan langsung tidak melawan malah melutut semasa ditangkap dan terus dibelasah oleh seorang ......... tanpa belas kasihan.

Belasah di sini bermaksud badan ditendang, kepala ditumbuk dan muka di tampar yang lebih menyayat hati tahanan tersebut tidak melawan. Persoalan di sini kau dah dapat tangkap dia perlu ke kau nak belasah dia sampai macam tu sekali, sumpah kesian sebab tahanan tu tak melawan. Dah dapat tangkap dah laa.

Mana la norma kemanusiaan seorang .......... ni, sanggup kau buat macam tu tanpa belas kasihan, walau apa pun kesalahan yang dia dah buat selesaikan dengan cara undang-undang. Depan khalayak ramai pun kau dah belasah macam binatang budak tu kalau budak tu dalam tahanan mahu nazak agaknya kau kerjakan.

Memang ada dalam etika seorang ......... ke dimana memang boleh membelasah tahanan @ pesalah seperti binatang??kalau ada cuba bagi tau mana sumbernya sebab benda macam ni dah melanggar hak asasi manusia.

Mungkin entry aku ni mengganggu-gugat serta menyentuh sensitiviti banyak pihak, apa-apa pun aku minta maaf, cuma disini aku cuma nak tegaskan perlu ke kita bertindak seperti itu........... ni dipandang tinggi dan satu kerja yang mulia dimana menjaga keamanan negara, kalau tak ada .......... mahu huru hara negara dengan kes jenayah.

Bukan semua ........ itu jahat, tapi ibarat pepatah cakap kerana nila setitik rosak susu sebelanga, kita rakyat menaruh kepercayaan yang tinggi kepada ......... untuk menjaga keamanan kita. Pesanan kepada ........ diluar sana lakukan tugas anda dengan penuh tanggungjawab dan penuh integriti.


No comments: