Thursday, June 23, 2011

10 Things My favourite Movie/ Drama/Reality Show

Semua orang mesti ada cerita favourite masing-masingkan. Ada yang suka tengok cerita seram cerita romantik cerita perang-perang. Kalau aku paling suka tengok cerita hantu dengan cerita lawak..he..he..dekat sini aku nak kongsi 10 cerita/ drama/ reality show yang aku suka.

First sekali aku suka tengok cerita charmed. Cerita ni dah lama dah tak silap masa aku masih darjah 6 cerita ni dah ada. Cerita ni pasal 3 orang adik beradik yang ada kuasa. Selalu ada kuasa jahat yang nak kacau cerita dia macam ala-ala ghost whispered dengan supernatural, cerita memang best sebab pelakon dia semua hot-hot.


Kedua cerita Kimora Lee life In the Fab lane, cerita ni pasal si kimora lee ni seorang perempuan yang kaya, dia cerita pasal life dia business dia lagi satu dia ni pun model gak ada 3 orang anak, dalam cerita ni kalau tengok anak-anak dia memang mewah laa. Rumah dia memang besar tak ingat.

Ketiga cerita The Real Housewives Of New Jersey. cerita ni pasal 5 orang suri rumah tangga ada gak janda dalam cerita ni lebih kepada konflik senang cerita diorg semua ni dalam golongan keluarg yang elit, lepas tu ada juga yang gaduh-gaduh pasal orang tu mengata orang ni orang ni pula mengata orang tu, yang bestnya dekat dalam cerita ni korang boleh tengok culture diorg macam mana.


Tha biggest loser, aku rasa ramai kowt tahu pasal cerita ni siapa-siapa yang gemuk diorng akan latih sampai bagi kurus. Memang tak ada makan ubat kurus ke hape 100% senaman je sampai laa kau kurus diorg kerjakan. Paling suka trainer diorang Jillian, badan dia memang mantap.

Lepas itu cerita survivor. Cerita ni pun dah lama. Reality show dimana ada 12 peserta yang akan dihantar ke dalam hutan atau pun pulau. Peserta hanya diberi bekalan asas. Kena survive selama beberapa bulan. Tiap-tiap minggu ada penyingkiran. Tapi cerita ni best sangat sebab kita boleh tengok macam mana diorg nak survive dalam keadaan yang tak cukup bekalan asas semua.

CSI, crime scene investigation. Cerita ni pula cerita pasal penyiasatan kes orang mati. Kalau tengok cerita ni yang paling best bila dapat tengok teknologi diorg siasat mayat, tengok teknologi macam mana diorg kenal DNA dan macam mana cara diorg menyiasat.

Hawaii five 0. Memang terbaik cerita tentang sekumpulan polis. Menyiasat macam-macam kes. Lepas tu kalau tengok diorg berlawan memang terbaik tak ada nak lembik-lembik nampak memang real sangat-sangat action yang diorg buat tu, sama gak tengok cerita ni yang paling best teknologi diorg memang superb habis.

Filem pula aku suka cerita hantu kak limah balik rumah sebab apa cerita dia ni banyak sangat mesej untuk orang melayu yang dia sampaikan secara sinis lagi-lagi kalau bab subsidi. Satu lagi cerita ni betul-betul mengangkat budaya melayu, tidak disogokkan dengan scene yang biasa kita tengok dalam drama melayu dan yang paling penting kelakar dia tu tulus dari hati..he..he..

Tentang dia filem dari seberang yang mana aku suka sangat-sangat sebab banyak mesej yang dia sampaikan. Apa yang paling aku ingat satu ayat dalam filem ni " beruntung manusia yang diberi kesempatan untuk mencari". Cerita pasal seorang gadis yang hidup dalam kekecewaan dan hidup seorang gadis yang menunggu waktu untuk mati dan kisah lelaki yang sanggup menunggu orang yang dia sayang membalas cinta dia.

Kesepuluh cerita zombi kampung pisang. He..he..bagi aku gelak dulu sebab cerita ni sumpah lawak gila. Bagi aku lawak dia ni memang lawak tertinggi laa. cerita pasal satu kampung berubah jadi zomba sebab diorg termakan gulai yang dah diletak racun ke hape ntah. Sama juga cerita yang mengangkat budaya melayu.

Itulah 10 cerita yang aku nak kongsi sangat. Ada cerita filem, ada cerita reality show, dan ada juga drama. Semua cerita tu memang aku layan sangat-sangat. Tapi cerita melayu yang aku betul-betul layan dua tu je laa, sebab kelakar melampau.



7 comments:

Ahmad's Daughter, said...

, thanks. sampai ke blog saye. hehe :)

ayanuts said...

welcome..trma ksh juga sbb smpai blog saya ni :)

amirah said...

love charmed! :)

ayanuts said...

he..he..bestkan crta tu

iPai said...

zombie kampung pisang ? napa tak kak limah balik umah .. lagi syok kot

iPai said...

eh adalah hantu kak limah .. tak pasan plak .. hehe ..

sian tau watak perempuan awek awie tuh ..

ayanuts said...

ipai: he..he..mmg terbaik hantu kak limah tu...