Saturday, June 11, 2011

Kehidupan Yang Tidak Realistik

Sudah satu tahun setengah aku menamatkan pengajian aku dan kini aku sudah memiliki segelung diploma yang bagi aku nilainya sama seperti aku memiliki sijil SPM. Ini kerana selama satu tahun setengah juga aku telah bekerja di merata-rata tempat dan jawatan yang aku sandang hanyalah pekerja bawahan yang boleh ditendang seperti bola dan terpaksa mengikut aturan majikan, contoh yang paling menyakitkan hati bila dipaksa OT tanpa dibayar OTnya.

Bagi aku diploma sudah tiada ertinya sebab banyak graduan ijazah dekat luar sana yang masih lagi menganggur. Sekarang ni diploma sudah sama taraf macam SPM. Bayangkan lagi 10 tahun mahu agaknya Ijazah pula sama tarafnya macam kita memiliki diploma, siapa tahu.

Satu lagi banyak iklan jawatan kosong disana-sini, itu memang tidak dinafikan tapi berapa banyak anda menemui perkataan seperti "sekurang-kurangnya memiliki pengalaman". Come on fresh graduate kottt baru keluar universiti pengalamn mana nak ceduk. Bagi laa peluang, kalau mcm tu brapa ribu lagi fresh grad yg terpaksa menganggur dekat luar sana.



Dan satu lagi sekarang ni gaji sangat-sangt la tak realistik dengan kerja yang dipohon. Contoh ye dalam satu situasi. Basic bg lepasan diploma (scra kasar) RM1500.00, tolak epf socso rm 200, duit makan dan trnsport RM300, bayar PTPTN RM200, rumah sewa RM200, duit kereta RM400 baki tinggal RM100.

RM200 bagi dekat mak ayah, bakinya tinggal RM0.00. Itu tak termasuk lagi kalau orang tu ada ambil insuran, tak termasuk lagi duit nak simpan dekat ASB dan tak termasuk lagi duit untuk korang berjimba-jimba. Rasa-rasanya kalau macam tu laa rutin harian kita, pergi balik kerja dan cukup bulan dapat gaji yang cukup-cukup agak-agaknya kita yang mampu berfikir ni akan ambil tak kerja tu???

Betul orang cakap graduan banyak menganggur sebab terlalu memilih pekerjaan dan terus nak gaji yang besar ini kerana tuntutan hidup semakin tinggi dan segala-galanya memerluakn duit. Aku ada kawan masa ambil diploma dekat kolej swasta jumlah pinjaman adalah RM45000 (anggaran) dan jumlah semasa ambil ijazah adalah (RM50000).

Bayangkan jumlah keseluruahn bayaran pinjaman balik adalah RM95000 itu tak termasuk interest. Seorang pelajar yang belum tentu habis kursusnya dah mula berfikir berapa yang dia perlu bayar dan kawan aku tu cakap jumlah yang dia kena bayar sekarang ni adalah RM600 selama 25 tahun itu seperti apa yang dia cakap laa.

HHUUUUIIIIII...dah sama macam kita beli rumah pula. Jadi adakah salah seseorang graduan itu memilih pekerjaan dan terlalu memilih tangga gaji ini semua adalah disebabkan oleh tuntutan hidup yang terlalu tinggi. APa yang aku maklumkan ini hanya untuk orang yang belum berkahwin, bayangkan seseorang itu sudah kahwin ada anak isteri, makan pakai harus jaga, pampers dan susu anak kena beli, cuba kira sndri berapa yang tinggal jika seseorang itu sudah berkeluarga.


3 comments:

J.Syazwana said...

malasnye nak cari keje.
nak sambung belajar amik master lagi lah malas. now freshgraduate degree pon dah ramai sangat (T__T)

Cik Wedges said...

apa pun...life must be go on..huhuhu

ayanuts said...

tp wana ok laa..skurg2nyer dah genggan degree..tiket nk cari kerja luas :)